Cinch Tea Bantu Kawal Selera Waktu Malam

Imej
Masalah Makan Lewat Malam Ramai orang struggle bila masuk waktu malam. Siang boleh tahan, tapi bila malam… mula rasa nak makan macam-macam: Ada yang craving nasi goreng, maggi, roti canai. Ada yang tak boleh tidur kalau tak kunyah sesuatu. Ada yang kata “alah, makan sikit ja…” tapi bila timbang esok pagi, berat naik juga! Ini memang masalah biasa, sebab malam adalah waktu badan kita perlahan-lahan rehat. Kalau masa ni kita “overload” dengan makanan tinggi kalori, gula dan karbohidrat, ia akan lebih cepat disimpan sebagai lemak. Di sinilah Cinch Tea Shaklee boleh jadi “penyelamat”. Bukan sekadar teh biasa, tapi formulasi eksklusif herba & teh hijau yang bantu kawal selera, naikkan tenaga, dan elak kita terjebak dengan makan berlebihan waktu malam. Apa Itu Cinch Tea Shaklee? Cinch Tea bukan teh biasa dari kedai mamak. Ia adalah gabungan 4 jenis teh eksklusif dari Jepun, China & India: Matcha Green Tea (Teh Hijau Jepun Premium) Red Tea (Teh Rooibos dari Afrika Selatan) White Tea...

Kenapa Zinc Penting?

Bila Badan Bagi ‘Signal’, Tapi Kita Tak Sedar


Ramai wanita (dan lelaki) anggap kuku yang mudah patah, rambut yang makin banyak gugur, atau luka kecil yang ambil masa berminggu untuk sembuh sebagai perkara biasa. Tapi tahukah anda, ini mungkin tanda awal badan kekurangan zinc?

Zinc bukan sekadar mineral biasa. Ia adalah mikronutrien penting yang memainkan lebih 300 fungsi dalam tubuh kita termasuk dalam pembentukan tisu, imun badan, pembaikan sel, penghasilan hormon, dan kesihatan kulit kepala.

Lebih mengejutkan, ramai yang kekurangan zinc tanpa sedar terutamanya wanita yang:

  • Sering stress atau kurang tidur
  • Mengambil pil perancang
  • Mengamalkan diet tak seimbang
  • Ada masalah usus atau gastrik kronik
  • Dalam fasa kehamilan, menyusu atau menopause
Jadi kalau kuku rapuh, rambut makin nipis, atau luka lambat sembuh… Jangan pandang ringan. Mungkin tubuh anda sedang ‘merayu’ untuk zinc!

Apa Sebenarnya Zinc & Kenapa Ia Penting Sangat?

Zinc ialah sejenis mineral penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh, tapi sangat diperlukan setiap hari. Ia memainkan peranan besar dalam:
  • Sintesis DNA dan protein
  • Fungsi imun badan
  • Pembiakan sel baru
  • Penyembuhan luka
  • Fungsi hormon & kesuburan
Dalam konteks wanita dan kecantikan, zinc juga:
  • Menyokong pertumbuhan rambut sihat dari akar
  • Menguatkan struktur kuku
  • Mengawal pengeluaran minyak pada kulit
  • Membantu pembentukan kolagen semula jadi
Fakta Menarik: Menurut kajian Journal of Dermatology (2016), wanita dengan masalah rambut gugur kronik (telogen effluvium) sering didapati mempunyai paras zinc lebih rendah daripada biasa!


Tanda-Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zinc (Wanita & Lelaki)

Tanda pada wanita:

  • Rambut gugur berlebihan walaupun bukan selepas bersalin
  • Kuku mudah patah, menipis, bercabang
  • Kulit muka cepat naik jerawat / ruam
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah selsema, demam, atau jatuh sakit
  • Mudah stres atau murung
  • Libidonya menurun / kitaran haid terganggu

Tanda pada lelaki:

  • Rambut gugur pramatang
  • Luka lambat sembuh
  • Prestasi seksual menurun
  • Jumlah sperma rendah
  • Masalah prostat
Anak-anak pun boleh kekurangan zinc! Terutamanya jika picky eater, sering demam dan cirit-birit, atau berat badan susah naik.

Kenapa Rambut Gugur Bila Kekurangan Zinc?

Rambut kita memerlukan folikel yang kuat dan sihat untuk kekal tumbuh dengan normal. Zinc memainkan peranan dalam:

  • Menstabilkan kelenjar sebaceous di kulit kepala (kurangkan minyak berlebihan)
  • Menggalakkan pembentukan tisu rambut baru
  • Mencegah keradangan kulit kepala

Kekurangan zinc = akar rambut lemah = rambut gugur!

Kajian dalam Annals of Dermatology (2013) menunjukkan pengambilan zinc membantu mengurangkan keguguran rambut akibat telogen effluvium dan alopecia areata.

Kuku Rapuh & Patah? 

Ini Sebabnya… Zinc sangat penting dalam pembentukan keratin protein utama dalam kuku, rambut dan kulit.Tanpa zinc yang cukup:
  • Kuku jadi rapuh, menipis & senang patah
  • Permukaan kuku boleh jadi berlekuk-lekuk
  • Warna kuku jadi pucat / keputihan (tanda anemia + kekurangan nutrien)
Wanita yang buat banyak kerja rumah, terdedah pada bahan kimia atau selalu buat manicure juga berisiko mengalami kuku rosak lebih cepat bila kekurangan zinc.

Luka Kecil Tapi Tak Sembuh-Sembuh? Ini Peranan Zinc Dalam Penyembuhan

Zinc mempercepatkan proses penyembuhan dengan:
  • Merangsang pembentukan tisu baru
  • Mengurangkan keradangan di kawasan luka
  • Meningkatkan aktiviti imun sel di kawasan cedera
Zinc juga diperlukan untuk aktiviti enzim yang ‘menampal’ luka dari dalam.

Fakta menarik: Kajian American Journal of Clinical Nutrition (2009) menunjukkan bahawa kekurangan zinc menjejaskan fungsi platelet, iaitu sel yang membantu menghentikan pendarahan dan membina tisu baru.

Zinc & Sistem Imun - Pertahanan Tubuh Yang Ramai Abaikan


Zinc memainkan peranan dalam:

  • Aktiviti sel T (tentera imun badan)
  • Mengawal keradangan berlebihan
  • Melindungi sel daripada jangkitan virus & bakteria


Sebab itu orang yang kekurangan zinc mudah:
  • Kena selsema, batuk dan demam berulang
  • Alami ‘luka dalaman’ seperti ulser mulut & gastrik
  • Ambil masa lama untuk sembuh lepas jatuh sakit

Siapa Yang Paling Berisiko Kekurangan Zinc?

  1. Wanita hamil / menyusu – keperluan zinc meningkat 2 kali ganda!
  2. Vegetarian / vegan – kurang sumber zinc dari haiwan.
  3. Pesakit gastrik / usus sensitif – penyerapan zinc terjejas.
  4. Pengamal pil perancang hormon
  5. Orang yang selalu stress atau insomnia
  6. Golongan tua / warga emas

Zinc Plus Shaklee – Pilihan Selamat & Terbukti

Zinc Plus Shaklee menggunakan zinc gluconate yang mudah diserap dan lembut pada perut. Ia:
  • Mengandungi 15mg zinc per tablet (mengikut RDA dewasa)
  • Tiada bahan sintetik atau tambahan berbahaya
  • Sesuai diamalkan harian oleh lelaki & wanita
Bonus: Zinc Plus juga membantu meningkatkan kesuburan lelaki & wanita, mengawal jerawat, dan menyokong pertumbuhan rambut baru!

Jangan Abaikan ‘Tanda-Tanda Kecil’ Badan Anda

Jangan tunggu rambut jadi makin jarang, kuku patah berlapis, atau luka kecil jadi kronik. Badan kita bijak beri signal cuma kita kena peka.

Zinc mungkin kecil saiznya, tapi besar impaknya dalam hidup kita. Tak kira lelaki atau wanita, zinc adalah nutrien WAJIB untuk:

  • Kecantikan luar & dalam
  • Sistem imun yang kuat
  • Luka cepat sembuh
  • Rambut, kulit & kuku yang sihat

Nak dapatkan Zinc Plus Shaklee berkualiti tinggi?








Boleh terus WhatsApp Kak Sal untuk konsultasi & COD area Sungai Petani & sekitar!
📲 Kak Sal: www.wasap.my/601117814552/shakleeblog
✅ Konsultan Kesihatan Shaklee Anda

Tajuk Berkaitan Zinc Plus 

🌐 Fungsi Zinc Untuk Rambut, Luka & Imun Badan









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vitamin Penting Untuk Ibu Mengandung

UNTUK SKIN YANG BERMASALAH

Sedih Tapi Bahagia – Pengalaman Berpantang Tanpa Meroyan