Kesan Kekurangan Zinc Pada Lelaki & Wanita

Kenapa Kita Sering Pandang Remeh Zinc? Pernah tak kita rasa pelik… Kulit makin mudah naik jerawat, luka ambil masa lama nak sembuh, rambut makin banyak melekat di bantal walaupun dah pakai skincare mahal & cuba macam-macam shampoo anti gugur? Untuk lelaki, makin hilang rasa ‘spark’ pada isteri, badan cepat penat walau tak buat kerja berat. Untuk wanita, period jadi makin kelam kabut, makin kerap senggugut, emosi pun macam roller coaster. Ramai sangka ini semua sebab usia makin bertambah, stress kerja, atau salah produk luaran. Tapi hakikatnya, badan kita sedang menangis dalam diam, sebab tak cukup sejenis mineral kecil bernama ZINC. Zinc ini sangat ajaib. Kita cuma perlukan sedikit sahaja setiap hari. Tapi kalau kurang, kesannya boleh merebak ke hampir semua fungsi badan. Dari sistem imun, kulit, rambut, kesuburan, hinggalah kepada mood & tenaga harian. Yang paling menakutkan, kita tak boleh simpan zinc lama dalam badan. Kalau hari ni makan c...