Rahsia Berbuka Puasa Tanpa Rasa Letih

Pernah tak rasa cepat letih, haus, atau lesu walaupun baru beberapa jam berpuasa? Mungkin minuman yang anda ambil semasa sahur tidak cukup membantu mengekalkan hidrasi dan tenaga.
Dalam artikel ini, kak sal kongsikan minuman terbaik untuk sahur yang boleh membantu awak elak dehidrasi, kekal segar, dan rasa kenyang lebih lama sepanjang hari. Jom baca sampai habis!
Air kosong adalah minuman paling penting yang wajib diambil semasa sahur. 70% badan kita terdiri daripada air, jadi kalau kurang minum air, badan mudah letih, dehidrasi, dan kurang fokus.
✅Minum sekurang-kurangnya 2-3 gelas air kosong waktu sahur.
✅Elakkan minum sekali gus terlalu banyak, sebaiknya minum secara berperingkat.
Susu adalah pilihan yang bagus kerana ia mengandungi protein, kalsium dan vitamin D, yang membantu mengekalkan tenaga dan rasa kenyang lebih lama.
✅Pilih susu rendah lemak atau susu segar untuk manfaat yang lebih baik.
✅Boleh campurkan dengan kurma untuk tenaga tambahan!
Minuman berprotein bantu kurangkan rasa lapar dan berikan tenaga tahan lama semasa berpuasa. Sesuai untuk mereka yang cepat lapar atau nak kawal berat badan!
Antara minuman protein terbaik untuk sahur ialah:
🥤ESP Shaklee - Protein soya non-GMO yang bantu stabilkan gula dalam darah dan beri tenaga sepanjang hari.
🥤Performance Drink - Kekalkan hidrasi, elak dehidrasi & tingkatkan stamina.
✅Mudah disediakan hanya shake dan minum!
✅Kenyang lebih lama tanpa rasa letih!
Jus buah segar bukan sahaja sedap, tetapi juga mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan untuk menyokong kesihatan tubuh.
✅Pilih jus tanpa gula tambahan seperti jus oren, tembikai atau epal.
✅Jus kurma susu juga pilihan yang baik untuk beri tenaga lebih lama.
Air kelapa adalah minuman semula jadi yang kaya dengan elektrolit, membantu menggantikan garam mineral yang hilang dan mengelakkan dehidrasi.
✅Sesuai untuk yang cepat rasa haus atau berpeluh banyak.
✅Pastikan air kelapa asli, bukan versi yang tinggi gula!
Tak semua minuman sesuai untuk sahur. Ada yang boleh menyebabkan anda lebih cepat haus, letih atau dehidrasi.
🚫Kopi & Teh Berkafein - Sebabkan kerap buang air kecil & cepat haus.
🚫Minuman Manis Berkarbonat - Tinggi gula, buat tenaga cepat “crash”.
🚫Minuman Tenaga - Kandungan kafein tinggi boleh tingkatkan kadar jantung & dehidrasi.
✅ESP Shaklee - Bekal tenaga berpanjangan, rasa kenyang lebih lama & baiki sel badan.
✅Performance Drink - Kekalkan hidrasi, elak dehidrasi & tingkatkan stamina.
Sesuai untuk puasa, bersukan, ibu menyusu & gaya hidup aktif! Jom kekal bertenaga & segar sepanjang hari!
Nak kekal segar dan bertenaga sepanjang hari berpuasa? Pastikan minuman sahur awak sihat & berkhasiat!
✅Minum air kosong secukupnya.
✅Pilih minuman kaya protein seperti ESP Shaklee, Perfomance Drink untuk kekalkan hidrasi, rasa kenyang lebih lama & bertenaga.
✅Elakkan minuman yang boleh sebabkan dehidrasi seperti kopi dan air manis berlebihan.
Dengan pilihan minuman yang betul, awak boleh berpuasa tanpa rasa cepat letih dan lesu!