Peranan Suplemen dalam Mengekalkan Stamina

Image
Peranan Suplemen dalam Mengekalkan Stamina Dalam era moden yang serba pantas ini, mengekalkan tahap stamina yang optimum menjadi satu cabaran besar. Ramai yang mencari jalan pintas melalui pengambilan suplemen untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan tubuh.  Kali ini kak sal akan membincangkan “ peranan penting suplemen dalam mengekalkan stamina” serta panduan penggunaannya yang betul. Apakah Itu Suplemen? Suplemen adalah produk yang mengandungi vitamin, mineral, herba, asid amino atau bahan-bahan lain yang bertujuan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tablet, kapsul, serbuk atau cecair. Jenis-jenis Suplemen untuk Stamina 1. Vitamin dan Mineral - Vitamin B kompleks: Membantu metabolism tenaga - Vitamin C: Meningkatkan sistem imun - Zat besi: Penting untuk pengangkutan oksigen - Magnesium: Membantu fungsi otot 2. Suplemen Protein - Whey protein - Casein - Plant-based protein - BCAA (Branched-Chain Amino Acids)   3. Suplemen Herba

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK CAPAI IMPIAN DAN MATLAMAT HIDUP.



WALAUPUN kita tidak boleh sentiasa mengawal perkara yang berlaku, namun kita boleh mengawal cara kita bertindak balas terhadapnya. Sal pernah ada dalam situasi kegagalan dan kejatuhan. Namun sal bangun untuk berjaya dan kejar impian dan matlamat sal untuk berjaya.

Berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang positif akan membuatkan kita mula menjadi lebih bermotivasi untuk mencapai impian dan matlamat hidup.

Berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang positif akan membuatkan kita mula menjadi lebih bermotivasi untuk mencapai impian dan matlamat hidup.
Berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang positif akan membuatkan kita mula menjadi lebih bermotivasi untuk mencapai impian dan matlamat hidup.


Sebagai manusia, memang adakalanya kita tersungkur dengan situasi mencabar yang datang dalam hidup. Oleh itu, adalah penting untuk kita kekal bersemangat positif setiap hari. 

Berikut adalah kata-kata untuk kekal bermotivasi ketika melalui waktu yang sukar.

1. Meletakkan harapan dan jangkaan positif setiap hari. Kita akan mendapat apa yang diharapkan apabila kita menjangkakan sesuatu yang hebat akan berlaku untuk kita setiap hari dan ia pastinya akan berlaku. Katakan dengan kuat setiap pagi kepada diri sendiri di hadapan cermin,“Saya menjangkakan sesuatu yang baik akan berlaku untuk saya hari ini!”.

2. Baca dan dengar maklumat positif. “Matlamat jangka panjang akan membuatkan anda terus bertindak apabila berhadapan dengan kegagalan sementara.” Jika kita mengisi minda dengan maklumat yang membangkitkan semangat dan inspirasi, ia pastinya membuatkan kita menjadi lebih bermotivasi.

Jika mahu lebih mudah, cari sahaja bahan bacaan bermanfaat di alam maya seperti yang kita sedang baca sekarang. Sebagai manusia, kita memerlukan bahan bacaan untuk peringatan kita secara berterusan yang mengingatkan diri bahawa kita mampu mencapai kejayaan.

3. Beri kata-kata penegasan positif pada diri.
Perkataan mempunyai kuasa daya tarikannya yang tersendiri. Tidak kira apa yang berlaku di sekeliling kita, bercakap dengan lantang dan jelas tentang situasi apa yang kita mahukannya terjadi.

Tulis ikrar yang boleh kita katakan setiap pagi dan letakkan di tempat yang kita pasti dapat melihat dan membacanya setiap hari seperti di cermin bilik atau peti sejuk. Jadikannya seperti ayat keramat buat kita!

4. Belajar daripada kesilapan, bukannya mengulanginya. Dalam hidup ini, kita semua melakukan kesilapan. Kuncinya ialah belajar daripada mereka dan terus bergerak. Lakukan penilaian diri sendiri secara berkala dan periksa cara kita mengendalikan situasi dan perbezaan apa yang boleh kita lakukan pada masa akan datang. Tulis kemungkinan penyelesaian dan hasilnya supaya kita boleh memikirkan dengan betul solusi terbaik untuk menanganinya apabila berhadapan dengan masalah.

5. Ingatkan diri bahawa kita seorang pemenang. Sering kali kita lupa sejauh mana kita telah melangkah dan kejayaan yang telah kita capai. Tetapkan tanda pencapaian yang boleh anda bawa bersama untuk mengingatkan kembali diri bahawa kita adalah seorang pemenang. Tidak kira besar atau kecil, cuba lihat seketika trofi, sijil dan lain-lain anugerah yang telah diraih atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan kita bersemangat apabila menghadapi saat-saat yang sukar dalam kehidupan.



Kata-kata motivasi untuk mereka yang sedang diuji dalam business

Pahit manis kita lalui itu adalah penyebab siapa kita dahulu dan siapa kita sekarang. Ramai yang rasa bila buat bisnes sekarang bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Sayangnya apa yang berlaku hari ini adalah kita sendiri tidak yakin dengan diri kita sendiri. kita sendiri rasa bahawa ”Aku sudah selesa”, dan kita sendiri rasa ”Cukuplah dengan apa yang aku ada”. Jika inilah yang bermain dalam fikiran kita, berapa banyak masa yang kita telah buang? 


Bila ditimpa kesusahan, kita kena cuba keluar daripada cabaran tersebut. Ya, kita sendiri. Bukan orang lain. Jangan risau. Kalau kita rasa sedih cuba buat perkara ini untuk rasa ceria dan bahagia.

1. Ubah mindset. Mindset yang positif akan menjadikan kita seorang yang positif dan bahagia. Jadi perkara pertama yang perlu kita lakukan apabila bangun tidur ialah set mindset kita untuk perkara-perkara yang positif.

Setiap kali bangun tidur, katakan pada diri ‘Hari ini hari terbaik aku. Aku ingin senyum dan bahagia sepanjang hari. Aku tak mahu sedih’. 

2. Bersyukur. Bersyukur menyebabkan otak merembeskan dopamine, bahan kimia otak yang membuatkan kita rasa bahagia. Bersyukur mengaktifkan dua bahagian otak yang terlibat memproses emosi, hubungan interpersonal, kepuasan dalam interaksi sosial, pertimbangan moral, dan kemampuan memahami keadaan mental seseorang.

3. Manjakan diri. Luangkan sedikit masa untuk memanjakan diri. Kita boleh ke spa, mengurut, beli-belah, mencuba makanan di kafe-kafe baru dan macam-macam lagi. Lebih elok lagi kalau anda dapat merancang percutian, tidak kiralah di dalam atau luar negara.

Rehat di rumah, masak makanan kegemaran, layan Netflix atau rancangan kesukaan itu juga boleh membantu anda untuk ceria dan gembira.

4. Hubungi insan tersayang. Mungkin hari ini, macam tak ada mood nak buat kerja di pejabat. Ambil telefon dan hubungi insan tersayang. Dengan kata-kata positif seperti, “I love you, awak adalah yang terbaik” akan buat anda kembali gembira dan bersemangat.

5. Mengingati Allah SWT. Sistem saraf, jantung dan semua bahagian tubuh bertindak balas terhadap apa yang kita fikirkan. Keresahan dalam benak fikiran akan mewujudkan tekanan dan menjejaskan kesihatan.

Itu saja kata-kata semangat yang sal boleh kongsikan dengan hampa semua. Dalam business ada pasang surutnya. Hanya mereka yang bersabar dan yakin dengan takdir Allah saja yang berjaya.

Nak berjaya, kata motivasi juga penting sebagai salah satu alat untuk penaik semangat kita. Yang penting adalah usaha dari diri kita sendiri. Jangan mudah patas semangat dan menyerah kalah. Yakin pada diri yang kita juga boleh buat. 


Dapatkan HARGA PROMOSI TWIN PACK & DAFTAR SEKARANG UNTUK JADI AHLI PERCUMA. Bagi yang memerlukan vitamin Shaklee yang beyond organic ini, awak boleh terus menerus hubungi saya pengedar sah Shaklee.

Dan Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Bila hampa dah pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun terus tau.

Sertai kami dalam dunia business Shaklee dan berada di dalam komuniti yang memberi pelbagai manfaat kepada diri, dari segi pembangunan diri, pembangunan kerjaya, kewangan, kesihatan, kecantikan dan juga berada dalam circle yang sangat hebat.

Sal juga sangat aktif di media sosial lain jemput follow dan kita kenal dengan lebih rapat lagi. Jika ada sebarang soalan dan pertanyaan jemput hubungi sal.


SALMIAH SALLEH SID 1260262. 
YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTORSHAKLEE BUSINESS LEADER


📠 : MESSENGER
📋 : REGISTER DISINI
📲 : 011-17814552
💻 : FACEBOOK
🖥️ : PERSONAL INSTAGRAM | INSTAGRAM SHOP

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#Blogmegashaklee2023 #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #Shakleekedah #Shakleeksekitarkuantan #Shakleeseluruhmalaysia #katakatakekalmotivasi #perkaraceriadanbahagia

Popular posts from this blog

SKINCARE POMIFERA SHAKLEE

KEPERLUAN DAN KEBAIKAN VITAMIN UNTUK WANITA MENGANDUNG

Tips untuk Menjaga Kesihatan Anak-anak dan Warga Emas