Peranan Suplemen dalam Mengekalkan Stamina

Image
Peranan Suplemen dalam Mengekalkan Stamina Dalam era moden yang serba pantas ini, mengekalkan tahap stamina yang optimum menjadi satu cabaran besar. Ramai yang mencari jalan pintas melalui pengambilan suplemen untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan tubuh.  Kali ini kak sal akan membincangkan “ peranan penting suplemen dalam mengekalkan stamina” serta panduan penggunaannya yang betul. Apakah Itu Suplemen? Suplemen adalah produk yang mengandungi vitamin, mineral, herba, asid amino atau bahan-bahan lain yang bertujuan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tablet, kapsul, serbuk atau cecair. Jenis-jenis Suplemen untuk Stamina 1. Vitamin dan Mineral - Vitamin B kompleks: Membantu metabolism tenaga - Vitamin C: Meningkatkan sistem imun - Zat besi: Penting untuk pengangkutan oksigen - Magnesium: Membantu fungsi otot 2. Suplemen Protein - Whey protein - Casein - Plant-based protein - BCAA (Branched-Chain Amino Acids)   3. Suplemen Herba

BEZA INTERMITTENT FASTING DENGAN PUASA



SEBELUM sal meneruskan penulisan untuk blog kali, mungkin ramai di kalangan kita tak tahu pun apa konsep IF berbanding kita puasa. Sal pernah kongsikan dengan korang tentang KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING dengan mengikut kajian. Sal salah seorang peserta yang mengikuti Program IF dan jugak perserta Program FTF (Fat To Fit) serta pernah menyertai Program Detox.

Alhamdulillah, kesemua program yang sal sertai sal berjaya dapatkan hasil yang sal inginkan. Kenapa sal ikut serta dalam program berupa begini. Sebab salah satunya mesti la nak kurus. Sal jugak salah sorang food hunter yang suka makanan viral.

Pantang orang cakap makan viral. Mesti nak try. Alhamdulillah, sal berjaya ucapkan SELAMAT TINGGAL 10KG buat diri sendiri.

Sebelum sal panjang lebar bercerita. Jom kita tengok apa yang dikatakan INTERMITTENT FASTING dengan BERPUASA.


APA BEZA KONSEP INTERMITTENT FASING DENGAN PUASA?

Ok, sedikit info tentang konsep Intermittent fasting juga dikenali secara ringkas dengan nama IF. Ia adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan.

Manakala konsep Puasa ditakrifkan sebagai perbuatan menahan hawa nafsu, baik nafsu makan, emosi dan sebagainya dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

BEZA INTERMITTENT FASTING DENGAN PUASA?

Intermittent Fasting adalah berbeza dengan pendekatan diet yang lain - seperti Diet Atkins, Diet Keto, Diet Kalori dan Diet Suku Suku Separuh, diet jenis ini lebih berfokus kepada pengaturan menu diet dan jenis makanan diet. Konsep diet seperti ini memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti.



Diet IF hanya memerlukan pengaturan tempoh waktu makan (4 - 16 jam) dan waktu berpuasa (8 - 24 jam) mengikut tahap dan kesesuaian setiap individu.

Bukan itu sahaja, tidur juga boleh dikira sebagai tempoh berpuasa. Ini menyebabkan ramai yang tertarik dan beranggapan konsep IF lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.

• Dengan Berpuasa, pengambilan kalori daripada makanan menjadi lebih sedikit daripada kalori yang dibakar dan seterusnya menyumbang kepada penurunan berat badan.

Puasa berselang-seli ini, adalah satu kitaran yang mana ada masa anda dibenarkan makan dan berpuasa. Untuk pedekatan berpuasa tidak disarankan kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu yang menyusu bayi selain penghidap penyakit kronik.

Kesalahan Ketika Intermittent Fasting.

Antara kesalahan Intermittent Fasting yang sering dilakukan adalah:

  • Tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
  • Bergantung sepenuhnya pada amalan diet
  • Tidak puasa sepenuhnya (i.e. minum selain air yang disyorkan)
  • Tidak mematuhi jadual makan atau batas kalori

Panduan puasa berselang.

  • Apa saja diet yang awak pilih pastikan ia selamat.
  • Elakkan dehidrasi dengan minum banyak air putih, kopi dan teh tanpa gula serta susu.
  • Amalkan pemakanan sihat dan bernutrisi.
  • Amalkan pengambilan vitamin bagi meningkatkan imunisasi.
  • Bagi mengurangkan pengambilan kalori tinggi, amalkan snek berkhasiat seperti kekacang, buah dan pemakanan mengandungi antioksida, protein dan vitamin B.
  • Puasa jenis ini unik bukan disebabkan apa awak makan, ia adalah disebabkan bila awak makan.
  • Setiap hari anda makan cuma dalam tempoh lapan jam tetapi pastikan apa awak makan berbaloi untuk menyimpan tenaga hari seterusnya. Elakkan berpuasa lebih 18 jam sehari.
  • Amalkan paling minimum dua kali seminggu.
  • Elak minum dan makanan berkalori.
Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan kaedah ini terhadap penurunan berat badan dan manfaat kepada kesihatan.

Berpuasa secara bersela atau Intermittent Fasting (IF) antara kaedah alternatif yang mampu mengurangkan berat badan.

IF boleh didefinisikan sebagai pola pemakanan dengan berpuasa dalam tempoh tertentu.

Apabila berpuasa, kita akan menggunakan simpanan glikogen untuk mendapat glukosa dan tenaga yang semakin menurun.


Menurutnya, secara umum BERPUASA ni mempunyai beberapa rejim atau model iaitu:

Berpuasa selang sehari.

• Menerusi model ini seseorang individu itu akan membuat pengambilan kalori selama 24 jam tanpa sekatan dan kemudian berpuasa selama 24 jam berpuasa. Sepanjang tempoh berpuasa, individu itu dibenarkan untuk minum air tanpa atau rendah kalori.

Berpuasa selang sehari diubah suai.

• Untuk model ni, individu dibenarkan makan dan minum dalam jumlah yang sedikit sepanjang tempoh berpuasa. Selepas seharian berpuasa, individu itu dibenarkan makan apa sahaja sehingga kenyang dan dikehendaki puasa keesokan harinya.

Berpuasa selang seli.

• Individu boleh menggunakan kitaran 16 nisbah lapan iaitu 16 jam berpuasa dan lapan jam makan. Sebagai contoh, makanan terakhir diambil pada 8 malam, sebelum kita akan ambil semula makanan pada 12 tengah hari keesokan harinya.

Berpuasa lima nisbah dua.

• Individu akan berpuasa selama dua hari dalam seminggu dengan baki lima hari lagi hari makan seperti biasa.


• Ada juga yang berpuasa selama 36 jam namun sepanjang tempoh itu, dia boleh mengambil makanan ringan seperti kekacang, buah-buahan, kopi dan teh dalam kuantiti yang kecil. Makanan berat seperti karbohidrat kompleks atau karbohidrat ringkas perlu dielakkan.


Kita kena ambil kira juga dari segi kesesuaian dan adakah ia boleh diamalkan secara berterusan kerana berdasarkan kajian, IF sukar diamalkan secara konsisten sekali gus menyebabkan peningkatan berat badan semula.

Individu yang mempunyai masalah gastrik, diabetes terutamanya yang mendapat rawatan insulin dan ibu mengandung tidak sesuai untuk mengamalkan IF.

Setiap individu perlu membuat penilaian terhadap diri sendiri sama ada sesuai atau tidak kerana untuk mengekalkan berat yang sihat dalam jangka masa panjang, kita perlu mengamalkan diet yang sihat, seimbang, pelbagai dan yang paling penting mudah untuk kita amalkan secara berterusan.



Korang boleh amalkannya dengan berpuasa selang atau boleh join #programpuasaselamat bersama sal. Konsep dia sangat mudah. Bakar, buang, bina, kawal dan kenyang.

Kalau korang nak tahu Pengalaman sal bersama HELLO NEW YOU SET dan testimoni sal pun sal ada kongsikan. Dengan HELLO NEW YOU ni, korang boleh ambik cinch shake sebagai meal replacement. 

✅Untuk bakar lemak sal selalunya ambik Omega Guard™  yang bertindak menyingkirkan lemak-lemak didalam badan. 

Disamping itu juga Omega Guard™ mengandungi Omega-3 Fatty Acid yang mengawal pelbagai jenis hormon di dalam badan, termasuklah hormon LEPTIN, yang berfungsi mengawal selera makan kita. dan membantu kita mengawal rasa lapar.

Lecithin untuk uraikan lemak dan flush keluar melalui najis. Jadi usus kene berfungsi dengan tiptop. Nak usus berfungsi dengan tiptop kenelah ambik herblax.

Herblax ni membantu detox buang toksin pada usus besar dah melawaskan pembuangan. 

✅Bila ambik Cinch Shake auto boleh kurangkan portion makan. Leucine plak bantu bakar lemak dan kekalkan jisim otot. 

📣 Bulan ni HELLO NEW YOU SET on PROMO! 

📣 Dapat free 1 tong cinch shake vanilla.

📣 Free membership. 

📣 Free postage.

📣 Free shaker. 

Jangan tunggu lama-lama, takut SOLD OUT pulak



https://drive.google.com/uc?export=view&id=1oLgugo7S4fPGCavD09kV8XS43P1kU3iU

Dan Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Bila hampa dah pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau.

Sertai kami dalam dunia business Shaklee dan berada di dalam komuniti yang memberi pelbagai manfaat kepada diri, dari segi pembangunan diri, pembangunan kerjaya, kewangan, kesihatan, kecantikan dan juga berada dalam circle yang sangat hebat.

Sal juga sangat aktif di media sosial lain jemput follow dan kita kenal dengan lebih rapat lagi. Jika ada sebarang soalan dan pertanyaan jemput hubungi sal.

SALMIAH SALLEH SID 1260262. 
YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTORSHAKLEE BUSINESS LEADER. 


📠 : MESSENGER
📋 : REGISTER DISINI
📲 : 011-17814552
💻 : FACEBOOK
🖥️ : PERSONAL INSTAGRAM | INSTAGRAM SHOP


PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


#Blogmegashaklee2023#Shakleetriumph2023#Shakleethrive2023#NextlevelBlogging#Shakleetriumph2023#shakleethrive2023#Shakleekedah#Shakleeksekitarkuantan#shakleeseluruhmalaysia

Popular posts from this blog

SKINCARE POMIFERA SHAKLEE

KEPERLUAN DAN KEBAIKAN VITAMIN UNTUK WANITA MENGANDUNG

Tips untuk Menjaga Kesihatan Anak-anak dan Warga Emas