Posts

Nak puasa dengan penuh tenaga tanpa rasa lemau?

Image
Nak puasa dengan penuh tenaga tanpa rasa lemau? Jom cuba cara ini! Ramai yang rasa letih, lesu, dan tak bertenaga sepanjang hari bila berpuasa. Tapi, tahukah anda ada cara mudah untuk kekal cergas dan segar sepanjang Ramadan? Cara Puasa Bertenaga Sepanjang Ramadan. Nak elak rasa letih, lesu dan kurang fokus semasa berpuasa?  Cuba 5 cara ini untuk kekal cergas sepanjang hari! 1. Pilih Sahur yang Betul ➡ Makan makanan tinggi protein dan serat seperti telur, oat, kurma & roti bijirin penuh. ➡ ESP Shaklee bantu beri tenaga berpanjangan & mengurangkan rasa lapar. 2. Minum Air Secukupnya ➡ Elak dehidrasi dengan minum 8 gelas air antara berbuka hingga sahur. ➡ Performance Drink Shaklee bantu kekalkan hidrasi dan elak keletihan. 3. Ambil Suplemen untuk Tenaga Extra ➡ B Complex – Bantu kurangkan keletihan & tingkatkan fokus. ➡ Vitalize – Multivitamin lengkap untuk pastikan tubuh cukup nutrisi. 4. Kawal Pemakanan Semasa Berbuka ➡ Makan secara sederhana, mulakan dengan kurma &...

Jangan Pandang Remeh! Simptom Kecil, Risiko Besar!!

Image
Apakah Simptom demam kepada penyakit lain? Tahukah kamu bahawa ramai penyakit serius bermula dengan simptom yang kelihatan tidak berbahaya? Batuk, keletihan, atau perubahan kulit mungkin kelihatan remeh, tetapi ia boleh menjadi petanda awal kepada sesuatu yang lebih besar. Artikel ini akan membantu anda memahami simptom kecil yang tidak patut diabaikan dan langkah-langkah penting untuk menjaga kesihatan. Simptom Kecil, Impaknya Besar 1. Batuk Berpanjangan Apa yang biasa dianggap : Batuk akibat perubahan cuaca atau alergi. Risiko besar: Tuberkulosis (TB) : Penyakit serius yang boleh menyerang paru-paru. Kanser paru-paru : Batuk berpanjangan adalah tanda awal. Asma : Batuk kronik terutama pada waktu malam boleh menjadi petanda. 2. Keletihan Melampau Apa yang biasa dianggap : Terlalu sibuk atau kurang tidur. Risiko besar: Anemia : Kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen. Penyakit jantung : Jantung yang lemah menyebabkan badan cepat penat. Gangguan hormon : Masalah tiroid boleh men...

Keperluan Kolagen, Untuk Rahsia Kulit Cantik Anjal!

Image
Nak Kulit Flawless, Muda & Berseri dengan Kolagen Plus? Kolagen adalah protein penting dalam badan yang memainkan peranan besar dalam kesihatan kulit.  Topik ini menarik kerana kolagen bukan sahaja membantu mengekalkan keanjalan kulit, tetapi juga mempunyai banyak manfaat lain.  Fungsi Utama Kolagen untuk Kulit Keanjalan dan Ketegangan: Kolagen membantu kulit kekal tegang dan elastik, mengurangkan risiko kulit kendur. Mengurangkan Kedutan: Kehilangan kolagen secara semula jadi seiring usia menyebabkan kedutan, dan pengambilan kolagen boleh membantu mengurangkannya. Membaiki Kulit Rosak: Kolagen menyokong proses pembaikan tisu, menjadikannya penting untuk memperbaiki kulit akibat jerawat, luka, atau kesan matahari. Fungsi utama kolagen untuk kulit adalah memastikan kulit kekal sihat, muda, dan bertenaga. 1. Mengekalkan Keanjalan dan Ketegangan Kulit Kolagen bertindak seperti “gam” yang memegang struktur kulit. Ia memastikan kulit kekal tegang, elastik, dan tidak mudah ken...

Kekalkan Kesihatan Sendi!

Image
Peranan Pemakanan untuk Kesihatan Sendi! Pengambil makanan sihat dan seimbang mampu mempengaruhi kesihatan saraf sekali gus mengelakkan keradangan.   Pemakanan memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan sendi, terutamanya untuk mencegah keradangan, menguatkan tisu sendi, dan memperbaiki mobiliti.  Berikut adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan sendi serta nutrien yang menyokong fungsi sendi: 1. Makanan yang Mengurangkan Keradangan • Ikan Berlemak - Seperti salmon, tuna, dan sardin, kaya dengan asid lemak omega-3 yang mengurangkan keradangan pada sendi. • Kacang dan Biji - Kacang walnut, badam, dan biji chia mengandungi antioksidan dan omega-3. • Rempah-Ratus - Kunyit (kurkumin) dan halia mempunyai sifat anti-radang semula jadi. 2. Makanan Kaya Antioksidan • Sayur-Sayuran Hijau -  Bayam, brokoli, dan kale mengandungi vitamin C, K, dan antioksidan untuk melindungi tisu sendi. • Buah-Buahan -  Beri seperti strawberi dan blueberry membantu melawan kerad...

15 Makanan Yang Membantu Bakar Lemak

Image
“Pemakanan Sihat: 15 Makanan Yang Membantu Bakar Lemak”. Salah satu cara untuk membakar lemak badan adalah meningkatkan kadar metabolisme.  Selain suplemen, terdapat makanan dan minuman  semula jadi yang boleh membantu korang membakar lemak melalui peningkatan metabolisme. Kak sal akan jelaskan beberapa senarai makanan yang boleh membantu membakar lemak secara semula jadi kerana kandungan nutrisi dan sifatnya: 1. Teh Hijau Kaya dengan antioksidan (EGCG) yang meningkatkan metabolisme dan membantu membakar lemak. Minum 2-3 cawan sehari untuk kesan maksimum. 2. Cili (Capsaicin) Kandungan capsaicin dalam cili meningkatkan suhu badan dan membantu pembakaran kalori. Tambahkan cili ke dalam masakan secara sederhana. 3. Telur Sumber protein yang tinggi, membantu meningkatkan rasa kenyang dan menggalakkan pembakaran lemak melalui thermogenesis. 4. Avokado Kaya dengan lemak sihat (asid lemak tak tepu tunggal) yang membantu mengurangkan lemak perut. 5. Ikan Berlemak (Salmon, Tuna, M...

Peranan Suplemen dalam Mengekalkan Stamina

Image
Peranan Suplemen dalam Mengekalkan Stamina Dalam era moden yang serba pantas ini, mengekalkan tahap stamina yang optimum menjadi satu cabaran besar. Ramai yang mencari jalan pintas melalui pengambilan suplemen untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan tubuh.  Kali ini kak sal akan membincangkan “ peranan penting suplemen dalam mengekalkan stamina” serta panduan penggunaannya yang betul. Apakah Itu Suplemen? Suplemen adalah produk yang mengandungi vitamin, mineral, herba, asid amino atau bahan-bahan lain yang bertujuan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tablet, kapsul, serbuk atau cecair. Jenis-jenis Suplemen untuk Stamina 1. Vitamin dan Mineral - Vitamin B kompleks: Membantu metabolism tenaga - Vitamin C: Meningkatkan sistem imun - Zat besi: Penting untuk pengangkutan oksigen - Magnesium: Membantu fungsi otot 2. Suplemen Protein - Whey protein - Casein - Plant-based protein - BCAA (Branched-Chain Amino Acids)   3. Suple...

Sedih Tapi Bahagianya Berpantang Tanpa Meroyan

Image
Tips Bahagia Berpantang Tanpa Meroyan (Selepas Bersalin) Mengalami perasaan sedih selepas keguguran adalah normal dan kamu tidak bersendirian.  Meroyan atau dikenali sebagai  post-partum depression   adalah masalah mental yang berlaku kepada wanita selepas bersalin. ‘ Post ’  bermakna ‘selepas’ dan ‘ Partum ’ adalah dari perkataan Latin yang bermaksud ‘Membawa/Mengandungi’. Sebenarnya meroyan semasa berpantang tidak boleh terus dikatakan sebagai gila, ini kerana terdapat tiga kategori meroyan mengikut tahap dari segi perubatan yang, iaitu  blues   (perasaan sedih agak panjang),  depression   (kemurungan) dan yang paling teruk adalah  psychosis . Kak sal sendiri baru saja keguguran dan baru selesai berpantang. Bukan perkara mudah bagi wanita yang keguguran ni. Orang cakap mudah tapi tak.  Kepenatan menguruskan keluarga dan kerjaya selain masalah rumah tangga dikesan menjadi antara punca utama berlakunya masalah kemurungan selepas bersalin...