Life Cinch Shaklee untuk Kurus Cepat & Selamat | Pengganti Makanan Shaklee

Image
Life Cinch Shaklee: Rahsia Kurus Berkesan dengan Pengganti Makanan Sihat  Ramai nak kurus, tapi tak sanggup berlapar atau berdiet ketat. Lagi parah, berat turun tapi lemak tak hilang, otot pula makin mengecil. Sebab itu ramai gagal turunkan berat secara sihat & kekal. Berita baiknya, ada cara mudah dan selamat untuk bakar lemak tanpa ganggu otot, iaitu dengan bantuan Life Cinch Shaklee. Apa Itu Life Cinch? Life Cinch ialah minuman protein tinggi berasaskan tumbuhan yang dirumus khas untuk: Membakar lemak Mengekalkan jisim otot Mengawal selera makan Meningkatkan tenaga Ia mengandungi gabungan Leucine, Protein, Fiber & Vitamin lengkap untuk menyokong penurunan berat badan tanpa kesan yoyo. Kelebihan Life Cinch untuk Kurus Bakar Lemak, Bukan Otot ✔️ Leucine bantu elak kehilangan otot semasa kuruskan badan. Kenyang Lebih Lama ✔️ Protein & fiber bantu kawal rasa lapar & nafsu makan. Stabilkan Gula Dalam Darah ✔️ Elak craving manis & elak lapar mengejut. Sumb...

CARA HILANGKAN SENGGUGUT TERUK

 

Mengalami senggugut teruk pastinya mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita, terutamanya jika ia menjejaskan aktiviti harian. Pasti ramai tercari-cari, terdapatkah cara hilangkan senggugut yang boleh mengatasi atau mengurangkan kesakitan tersebut?

Apakah itu senggugut? 

Sengugut adalah rasa sakit sebelum atau semasa datang haid. Ada orang yang lebih teruk kena dan berlanjutan sehingga 2-3 hari. Paling biasa wanita yang diserang senggugut akan rasa mudah terganggu, ketegangan dan tidak selesa sehingga menganggu rutin harian mereka. 

Sakit senggugut berlaku di bahagian bawah perut atau pelvis semasa seorang wanita datang haid setiap bulan. Pelvis adalah tempat di mana terletaknya rahim, ovari (kilang telur), saluran falopio, dan pundi kencing.

Sakit senggugut ini berlaku kerana dinding rahim menguncup dan mengeluarkan ketulan darah haid. Bagi golongan remaja, saluran pangkal rahim masih ketat dan ini yang menyebabkan mereka ini kerap mendapat sakit senggugut.

Cara untuk hilangkan senggugut

  • Guna ‘hot water’ dan tuam di bahagian bawah perut.
  • Urut perlahan di kawasan bawah perut.
  • Minum air panas campur halia untuk membuang angin, melancarkan peredaran darah, dan memberi kehangatan pada tubuh.
  • Minum air yang cukup.
  • Elak minum air bergas.
  • Tidur dalam posisi baring ke sebelah dengan lutut dibengkok.
  • Mandi dengan air panas / air suam.
  • Buat aktiviti seperti berjalan, bersenam (Kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan dapat membantu melegakan sakit senggugut).


Shaklee untuk bantu masalah senggugut

Di Shaklee juga ada suplemen yang sesuai untuk menghilangkan dan melegakan senggugutdengan Set Senggugut Shaklee.

1. GLA COMPLEX

  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

2. OSTENUTRIX

  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain.
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. B-COMPLEX 

  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

Menurut kajian Dr Ellen Yankauskas dari Women Center of Family Health, senaman rutin mampu melegakan kesakitan senggugut. Ia kerana senaman berupaya untuk menghasilkan bahan kimia bernama endorphin. Endorphin mampu bertindak melegakan kesakitan dan tekanan emosi.

Aok orang boleh jugak cuba saja senaman-senaman ringan, jika tak larat! Sal berharap dengan sedikit perkongsian tentang cara hilangkan senggugut teruk ini dapat membantu aok orang apabila tiba waktu subur aok nanti. Semoga berjaya!

Dan Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Bila hampa dah pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun terus tau.

Sertai kami dalam dunia business Shaklee dan berada di dalam komuniti yang memberi pelbagai manfaat kepada diri, dari segi pembangunan diri, pembangunan kerjaya, kewangan, kesihatan, kecantikan dan juga berada dalam circle yang sangat hebat.

Sal juga sangat aktif di media sosial lain jemput follow dan kita kenal dengan lebih rapat lagi. Jika ada sebarang soalan dan pertanyaan jemput hubungi sal.

SALMIAH SALLEH SID ( 1260262 ) YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTORSHAKLEE BUSINESS LEADER. 

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#Blogmegashaklee2023 #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #Shakleekedah #Shakleeksekitarkuantan #Shakleepahang #SIDshakleekedah #SIDshakleepahang #Shakleeseluruhmalaysia #Setsenggugutshaklee

Popular posts from this blog

KEPERLUAN DAN KEBAIKAN VITAMIN UNTUK WANITA MENGANDUNG

UNTUK SKIN YANG BERMASALAH

Sedih Tapi Bahagianya Berpantang Tanpa Meroyan