Posts

Showing posts with the label BAHAGIA BERPANTANG

Bertenaga Sepanjang Sukan Sekolah!

Image
Anak cepat penat masa sukan? Bantu dia jadi lebih cergas dengan Set Bersukan! Bila masuk minggu sukan sekolah, memang lain macam meriahnya suasana.  Padang jadi medan tempur. Bendera rumah sukan berkibar-kibar. Anak-anak, cikgu-cikgu, sampai la ke mak ayah  semua sekali masuk mode “atlet kebangsaan”. Ada budak-budak yang dah mula berlatih dari bulan lepas. Pagi-pagi lagi dah berkumpul kat padang, lari keliling sekolah, peluh mencurah macam air paip bocor. Ada juga yang baru sedar  “Eh, esok aku kena lari 100 meter ke?!” sempat lagi pergi beli kasut baru malam tu. Dekat kawasan sekolah kak sal, sukan buat hujung minggu waktu pagi.  Masa tu, matahari macam ada dendam panas dia lain macam!  Peluh meleleh sampai masuk mata, tapi budak-budak tetap semangat berlari, melompat, baling lembing, lompat jauh. Ada juga sekolah yang buat waktu malam. Best la sikit, redup. Tapi lain pulak cabarannya serangga berterbangan, bunyi cengkerik jadi background music.  Lari pun ...

Sedih Tapi Bahagianya Berpantang Tanpa Meroyan

Image
Tips Bahagia Berpantang Tanpa Meroyan (Selepas Bersalin) Mengalami perasaan sedih selepas keguguran adalah normal dan kamu tidak bersendirian.  Meroyan atau dikenali sebagai  post-partum depression   adalah masalah mental yang berlaku kepada wanita selepas bersalin. ‘ Post ’  bermakna ‘selepas’ dan ‘ Partum ’ adalah dari perkataan Latin yang bermaksud ‘Membawa/Mengandungi’. Sebenarnya meroyan semasa berpantang tidak boleh terus dikatakan sebagai gila, ini kerana terdapat tiga kategori meroyan mengikut tahap dari segi perubatan yang, iaitu  blues   (perasaan sedih agak panjang),  depression   (kemurungan) dan yang paling teruk adalah  psychosis . Kak sal sendiri baru saja keguguran dan baru selesai berpantang. Bukan perkara mudah bagi wanita yang keguguran ni. Orang cakap mudah tapi tak.  Kepenatan menguruskan keluarga dan kerjaya selain masalah rumah tangga dikesan menjadi antara punca utama berlakunya masalah kemurungan selepas bersalin...