Posts

Showing posts with the label SET PUASA

Cara kawal berat badan musim raya

Image
Baju Raya Dah Ketat, Tapi Jemputan Open House Tak Henti! Syawal dah hampir ke penghujung, tapi jemputan open house makin rancak. Dari jiran sampai kawan zaman tadika semua ajak datang makan. Perut dah mula “bagi warning”, baju raya pun dah rasa macam mengecut sendiri. Tapi nak jaga hati orang, kita pun hadirlah dengan senyum…dan perut separa kosong. Nak enjoy open house tanpa rasa bersalah? Nah, ini tips ‘survive’ musim open house yang korang boleh cuba…  Untuk korang tahu ‘ Cara Mudah Nak Detox & Kurus Tanpa Seksaan! ’ boleh klik link. 5 Tips Hadir Open House Tanpa Rasa “Over”! 1. Ambil Hidangan dengan Bijak Ambil portion kecil dan pilih lauk berasaskan bakar, rebus atau sup. Elakkan menu berminyak atau bersantan berlebihan. 2. Kurangkan Air Manis Air manis sedap, tapi gula berlebihan buat badan cepat letih. Pilih air kosong atau teh hijau tanpa gula kalau ada. 3. Bergerak Selepas Makan Jangan terus duduk lepas makan. Sembang sambil berdiri pun kira membantu penghadama...

Perut Kenyang Tapi Lidah Rindu?

Image
Ini Sebab Moreh Tak Pernah Gagal!! “Baru lepas berbuka dengan nasi beriani kambing, siap bertambah dua kali. Perut rasa ketat, tapi bila azan Isyak berkumandang, tiba-tiba terbayang kuih seri muka dan teh tarik di meja moreh. Kenyang katanya, tapi lidah tetap rindu! Kenapa agaknya moreh susah benar nak tolak, walau perut dah penuh?” Itulah magisnya moreh satu tradisi Ramadan yang bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang kenangan, kebersamaan, dan rasa syukur. Jom kita selami kenapa moreh tak pernah gagal memikat hati, walau perut dah cukup kenyang! 1. Tradisi yang Mengikat Ukhwah Moreh bukan sekadar makan-makan. Ia adalah satu tradisi yang mengeratkan silaturahim. Sambil menikmati hidangan ringan, jemaah berkumpul, berbual mesra, dan bertukar cerita. Bagi yang jarang bersua muka, moreh adalah masa terbaik untuk mengeratkan kembali hubungan. 2. Pembakar Tenaga Selepas Tarawih Solat Tarawih yang memerlukan tenaga fizikal dan mental membuatkan badan terasa letih. Walaupun perut sud...

Rahsia Berbuka Puasa Tanpa Rasa Letih

Image
Makanan & Minuman Terbaik! Pernah tak rasa lesu, mengantuk, atau perut kembung selepas berbuka puasa? Ini mungkin berpunca daripada pemilihan makanan dan minuman yang tidak sesuai. Ramai orang memilih makanan tinggi gula dan berlemak ketika berbuka, yang boleh menyebabkan tenaga naik mendadak tetapi kemudian cepat merudum, menjadikan badan rasa letih dan lemah. Jadi, apakah rahsia berbuka yang boleh beri tenaga tanpa buat badan letih? Dalam artikel ini, kak sal kongsikan makanan dan minuman terbaik untuk berbuka supaya awak boleh menikmati waktu berbuka tanpa rasa berat dan kekal cergas hingga ke malam! 1. Mulakan Berbuka dengan Air & Kurma untuk Tenaga Segera Mengikut sunnah, Rasulullah S.A.W. berbuka dengan kurma dan air kosong kerana ia cepat memberikan tenaga selepas seharian berpuasa. ✅ Kurma kaya dengan gula semula jadi, serat & mineral yang bantu mengembalikan tenaga dengan cepat. ✅ Air kosong menghidrasi badan tanpa menambah kalori berlebihan. 📌Tips: Amalkan ka...