Vivix? Boleh Ke Kecutkan Cyst Tanpa Pembedahan?

Image
  “Cyst saya makin besar, doktor dah mula bincang untuk pembedahan…” Kalau ayat ni buat awak rasa takut, awak tak keseorangan. Ramai wanita yang alami masalah cyst atau PCOS rasa tertekan bila satu-satunya pilihan rawatan yang ditawarkan ialah ubat hormon atau pembedahan. Tapi tahu tak, dalam banyak kes, cyst boleh mengecut secara semula jadi jika kita bantu tubuh untuk pulihkan semula sistem hormon dan keradangan dari akar? Dan di sinilah Vivix Shaklee mula mendapat perhatian. Apa Itu Cyst? Dan Kenapa Ia Berlaku? Cyst ialah kantung berisi cecair yang terbentuk pada ovari wanita. Ada yang bersaiz kecil, ada juga yang besar sehingga mengganggu kesuburan dan haid. Cyst boleh berpunca daripada: Ketidakseimbangan hormon estrogen-progesteron Rintangan insulin & PCOS Keradangan dalaman Gaya hidup tinggi toksin & stress Cyst bukan hanya isu “perempuan lambat kahwin”. Ia berkait rapat dengan gaya hidup moden dan kerosakan sel dalam badan Vivix & Resveratrol: Penyelamat Sel Wa...

6 Langkah Mudah Gaya Hidup Sihat – Sesuai Untuk Wanita Sibuk!



Assalamualaikum hai. Salam sejahtera semua. Hari ni sal nak kongsikan amalan gaya hidup sihat dengan langkah yang mudah. 
Untuk memulakan amalan gaya hidup sihat, kita perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan senaman fizikal. Asasnya ramai dah tahu, tetapi kenapa masih ramai yang gagal?

Semua orang impikan memiliki sebuah amalan gaya hidup sihat, namun untuk membuat perubahan bukanlah satu perkara yang mudah. Membuang tabiat buruk dan menggantikannya dengan tabiat baik merupakan satu tugas yang amat mencabar. 

Ramai yang putus asa di tengah jalan.
Perubahan mendadak ini mungkin boleh tahan dalam 1-2 minggu, tapi selepas itu kita akan penat dan putus asa. Buat perubahan gaya hidup sikit demi sikit mengikut tahap keselesaan kita sendiri, yang paling penting adalah gaya hidup sihat ini berkekalan sampai ke hujung hayat kita.

Jom Tips mulakan amalan gaya hidup dengan 6 langkah ini.


1. Kawal pemakanan.

Amalan  pemakanan sihat adalah menyedari apa yang masuk ke mulut anda, bukan makan mengikut apa yang nafsu anda mahu. Adakah ini bermakna kita tidak boleh lagi makan kek, karipap atau makanan segera? Tidak, kuncinya adalah kawal, makanan-makanan tidak berkhasiat ini kita makan untuk waktu tertentu sahaja. Dan makanlah berpada-pada.

Salah satu cara mudah untuk mengawal pemakanan adalah menggunakan konsep Pinggan Sihat Malaysia #sukuksukuseparuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Awak masih boleh makan nasi, tapi dalam kuantiti yang terkawal. 2 perkara yang kita perlu ingat dalam pemakanan sihat adalah sedar dan kawal.


2. Banyakkan aktiviti fizikal.

Kebanyakan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer. Sebelum mulakan aktiviti senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan cadangan di bawah.
AKTIVITI RINGAN 60 minit setiap hari.

  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan

AKTIVITI SEDERHANA 30 minit setiap hari. 

  • Berjalan laju 
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga

Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu meningkatkan tenaga dan menjadikan kita lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin, adrenalin dan endorfin.“Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas”– Pepatah Arab

3. Jaga kesihatan mental.

Tiada gunanya jika badan sihat tetapi mental kita tertekan. Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya, generasi hari ini lebih mudah mendapatkan tekanan mental. Kita akan rasa hidup ini sekadar kerja, makan dan tidur, sedangkan ia lebih daripada itu.

Rasulullah SAW menasihati ‘jangan marah’ diulangi sehingga tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 

4. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran.

Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

5. Membuat Pemeriksaan Kesihatan.

Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

6. Dapatkan tidur yang cukup.

Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina amalan gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit. Tetapkan waktu tidur, jangan hari ini tidur jam 12 malam, esoknya jam 1 pagi dan lusa jam 2 pagi. Tidur sekurangnya 6-8 jam sehari. Walau sesibuk mana pun, pastikan tidur kena cukup.






ANTARA NUTRISI DALAM SHAKLEE DAILY SET.

• Sustained Release Vita-C Plus - Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

• Vita Lize - Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

• OsteNutrix - Kalsium salah satu mineral yang paling penting untuk badan manusia. Ia membantu membentuk dan mengekalkan tulang dan gigi dalam badan serta penting untuk prose fisiologi tubuh. 

• B-Complex - Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel awak.

• ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder - Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.




Dan Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini! Bila hampa dah pergi ke branch
ada sebarang soalan dan pertanyaan jemput hubungi sal.
SALMIAH SALLEH SID ( 1260262 ) YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTORSHAKLEE BUSINESS LEADER. 

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#Blogmegashaklee2023 #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023 #NextlevelBlogging #Shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #Shakleekedah #Shakleeksekitarkuantan #Shakleeseluruhmalaysia #Amalangayahidupsihat





Comments

Popular posts from this blog

KEPERLUAN DAN KEBAIKAN VITAMIN UNTUK WANITA MENGANDUNG

UNTUK SKIN YANG BERMASALAH

Sedih Tapi Bahagia – Pengalaman Berpantang Tanpa Meroyan